....Ramadhan datang dan pergi...

| | Posted on Wednesday, August 26, 2009

Mutiara kata ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yakni bulan berpuasa dari segala dosa dan pantang larangnyer...marilah kita sama-sama menyambut bulan ini dgn penuh syukur dan tawadduq dlm jiwa kita dgn melakukan ibadah sunat disamping perbanyakkan membaca A-Quran....

perlulah sahabat2 sekalian merasai bahawa Allah memberikan sebulan ini untuk kita muhasabah diri dan mengajar diri kita untuk menundukkan nafsu kita dari menguasai jiwa kita...pada bulan ini juga syaita diikat dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya....dengan itu tidak dapat tidak kita dapat memfokuskan diri kita melakukan ibadah dgn khusu'..

jgnlah kita mensia-siakan peluang y Allah berikan kpd kita selama sebulan ini dgn melakukan perkara y tidak berfaedah disamping mengendahkan satu-satunye peluang untuk memcuci hati-hati kita yang bergelumang dgn dosa.

antara hadith2 berkaitan fadhilat bulan Ramadhan:-

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

dan marilah kita berlindung dari perkara2 yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja

* Bersetubuh dengan sengaja di siang hari

* Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut

* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya

* Bersalin

* Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja

* Kedatangan haid bagi perempuan

* Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya

* Murtad

Selamat Berpuasa.

Comments (0)

Post a Comment