Hari Raya Aidil Adha...

| | Posted on Wednesday, November 25, 2009

0

Pertama-tamanye marilah kita mengucapkn setinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T krn memberikan kita terlalu byk nikmat....dan antara nikmat2 terbesar sekali y Allah berikan pada kita ialah nikmat iman dan nikmat islam....

Bygkn kalau Allah tarik nikmat iman dan islam....mungkin kita duduk dalam suasana jahiliyah dan kegelapan....jadi bersyukurlah kpd Allah krn membuka hidayah pada kita dan menjaga kita dari benda2 yang lagho dan sifat2 mazmumah...

Insyallah Raya Haji pada kali nie harap dapat lagi meningkat lagi ketaatan dan keimanan kita kehadrat Allah S.W.T....dan disambut dgn penuh selawat kpd Allah..

Tapi kalau kita lihat bii'ah sekarang nie bila hari raya Aidil Fitri kita sambut dgn penuh riang gembira..habis byk duit tuk wat preparation menyambut hari gemilang 2...dgn tukar perabotnyer (bg y ade duit arr), beli baju,kasut baru (dah jadi trend skang), kemas umah dan rase xcited giler arr knn...sampai kdg2 kita lupa yang sebenarnyer keberkatan Hari Raya Aidil Adha ni lebih besar berlipat kali ganda dari Hari Raya Aidil Fitri...

Tp persoalannye adakah kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri sama mcm Hari Raya Aidil Adha??...xder xcited sgt knn...tp kalu Hari Raya Aidil Fitri bukan main lagi ekk siap klu org kita raya sampi sebulan...bukan xboleh tp mesti ar same dan sepatutnyer kita sambut Raya Haji lebih dari Raya Aidil Fitri....tp bkan sahaja dari segi preparation saje tp rohani kita jiwa kita pon kene selari arr... dgn bertakbir selama 3 hari....

Alhamdulillah tahun ini 2009 sekali lagi kita dapat menyambut Hari Raya Korban yang mana jatuhnya pada hari bagi segala penghulu hari, iaitu hari Jumaat 27 November 2009. Hari Raya Korban disambut setiap tahun dalam bulan kalendar Islam 10 Zulhijjah.

Mungkin kita dah lupa dengan pelajaran berkenaan raya haji ketika kita menuntut di sekolah dahulu. Mari sama-sama kita ‘refresh’ kembali apa pengertiaan Hari Raya Korban. Di sini saya kongsikan sedikit.

Merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t dgn menyembelih anaknye Nabi Allah Ismail. Dan Nabi Ismail dgn tenang redha dgn perintah Allah...walaupun pada mulanye Nabi Ibrahim berat hati melaksanakan tuntutan Allah tersebut. dan bila Nabi Ibrahim nk sembelih anaknye...Allah menyuruh baginda menyembelih kambing sebagai ganti...

jadi sama2 lah kita menyambut Hari Raya Aidil Adha dgn penuh khusyuk dan tawaddu' bertakbir memuji keagungan Allah...pencipta sekalian alam..

keperitan final exam.....

| | Posted on Tuesday, November 24, 2009

0

alhamdulilah akhirnyer final exam dah habis....sori sbb lame x update blog nie....
sgt2 sibuk dan sgt2 xde mase....pk study2...dan tension memanjang...skang exam pon dah abis...

final exam kali nie harap dapat bagi result y terbaik tuk umi dan ayah...(walaupun rase2 nyer teruk kot result exam kali nie)...tapi..

kene banyak bergantung arrr dgn Allah...bile disaat kita susah baru teringat kt dia kn...
itulah manusia sebenarnyer....susah baru ingat tuhan...senang ingat syaitan...(nau'zubillah)
ape2 pon jgn arr kite ni jadi seorg exam oriented jer...
study bile final jer...abis final..kelabu asap...
itu sia2 namenyer....
sebenarnya dgn ilmu lar akan menolong manusia erti kehidupan yang sebenar...
cume manusia y cbe menyimpang kn ilmu ke jalan kegelapan...
dgn ilmu ia akn menjaga kita tp klu kekayaan kita y kene jaga dia...
cume kita sebagai manusia perlu ar menggunakan ilmu y Allah bagi kat kita ni guna sebaik2nyer...
jgn lah anggap ia sbg satu beban tp anggap nyer sbg jalan kehidupan...

ku berharap diriku ni tak ter jebak dgn kelalaian dunia...
ku mengharap pdmu ya Allah agar imanku ini kuat menghadapi dugaanmu...
ku harap hidupku matiku hanya untuk mu ya Allah...

Puasa 6 di bulan syawal

| | Posted on Saturday, October 03, 2009

0

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana dengan limpah kurnia ALLAH azza wa jalla, kita berjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan (bagi yang puasa la kan). Dan sekarang kita berada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan berhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yang amat besar ganjaran pahalanya, sebagaimana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang maksudnya,

مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya). (Lihat: Al-Mugni. 4/401)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Di dalam hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah

MATEMATIK FADHILAT SETAHUN

Dikatakan bahawa ’seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.

kaedah kira2nya begini:

30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.

Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,

“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya) hingga kepada 700 kali ganda… ..”

renung2kan lah

....Ramadhan datang dan pergi...

| | Posted on Wednesday, August 26, 2009

0

Mutiara kata ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yakni bulan berpuasa dari segala dosa dan pantang larangnyer...marilah kita sama-sama menyambut bulan ini dgn penuh syukur dan tawadduq dlm jiwa kita dgn melakukan ibadah sunat disamping perbanyakkan membaca A-Quran....

perlulah sahabat2 sekalian merasai bahawa Allah memberikan sebulan ini untuk kita muhasabah diri dan mengajar diri kita untuk menundukkan nafsu kita dari menguasai jiwa kita...pada bulan ini juga syaita diikat dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya....dengan itu tidak dapat tidak kita dapat memfokuskan diri kita melakukan ibadah dgn khusu'..

jgnlah kita mensia-siakan peluang y Allah berikan kpd kita selama sebulan ini dgn melakukan perkara y tidak berfaedah disamping mengendahkan satu-satunye peluang untuk memcuci hati-hati kita yang bergelumang dgn dosa.

antara hadith2 berkaitan fadhilat bulan Ramadhan:-

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

dan marilah kita berlindung dari perkara2 yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja

* Bersetubuh dengan sengaja di siang hari

* Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut

* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya

* Bersalin

* Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja

* Kedatangan haid bagi perempuan

* Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya

* Murtad

Selamat Berpuasa.

Heart whisper….”Ajal yang pasti tiba….”

| | Posted on Wednesday, August 19, 2009

0

“aduh berita sedih lagi” itulah ayat pertama ku terkeluar dari bibir ku...sejak awal sem lg aku terima byk berita tentang kematian sahabat ku…seolah2 aku dikelilingi ajal yang cuba membisikkan kpd aku…”mati tidak mengenal usia….”
Khbar sedih kematian sabahatku adalah yang pertama sejak cuti sem aritu…aku menerima msj dari kawan ku mengatakan Ammar mesir meninggal dunia akibat accident balik dari meninjau lokasi perkhemahan disana….Ammar adalah seorg sahabat y baik malah pandai sehingga melanjutkan pelajaran jurusan perubatan di mesir…Ammar adalah juniorku yang soleh..byk member tazkirah y membina kpd sahabat2nya…tp Allah terlalu sygknnye..hanya blognye “kalam-puncak.blogspot.com” y menjadi pengubat rinduku sbg insan soleh…
Adakah kita sudah bersedia dgn bekalan2 kita untuk berhijrah disana?…rugilah bg mereka y mensia2kan hidupnya hanya untuk duniawi…dan beruntunglah mrk y membuat persiapan untuk akhirat…
Disana hanya 3 perkara yang akan menjamin kesejahteraan kita iaitu….ilmu yang kita amalkan…doa anak2 yang solah dan sedekah jariah….

1. Ilmu yang kita amalkn…
-adakah kita mengamal ilmu y Allah berikan itu dgn betul??
-adakah kita menyalahkan gunakan ilmu Allah itu…? Dan adakah kita menyebarkan ilmu itu kpd manusia…

2. Doa anak2 y soleh..
-doa anak2 kpd kedua orang tua supaya menghindari azab seksa neraka..

3. Lastly sedekah jariah..
-adakah kita bersedekah bg y mampu..?
-dgn bersedekah itulah y membantu meningkatkan pahala kita pabila kita dihisab kelak…

Tidak takut dikau dgn mati!!!!…sesungguhnye mati adalah pedih y amat dasyat sehinggakn Rasullah sendiri menahan seksa pabila malaikat maut mencabut roh baginda dgn perlahan…
Bagiku pabila mengingati mati mendekatkn diriku kpd Allah…..dgn mati kita boleh bermuhasabah dalam diri kita adakah amalan2 kita diterima oleh Allah??..adakah tahap iman aku pada hari ini cukup kuat untukku berhijrah disana…persoalan y diriku jga tertanya2….

So kita check and recheck balik diri kita….adakah kita bersedia berhijrah ke alam roh…..dan adakah kita mati ini dalam iman mengikut standard dan piawai Allah s.w.t.
Ajal ditangan Allah…masa dan tempat y menentukan….moga matiku dalam iman y diredhai Allah s.w.t.

Mind Spoken….adakah aku dlm Bii’ah Soleh??

| | Posted on Sunday, August 09, 2009

0

Mindaku terkenang2 ketika ku di bangku sekolah maahad…tatkala melihat diri ku yang skema ala2 baik dan tersusun , “hati kecilku tertawa dgn perubahan y meliputi hampir semua jasadku dgn bii'ah soleh mse dulu…”

Disanaku merasa tenang dgn kedamaian dan keharmonian y meresapi jiwa ragaku….disana ustaz2 y berlevel ulama’ byk memberi kesedaran dan kefahaman sebenarnye….iaitu “Fikrah Islamiah”. Disebabkn itu diriku mengelak dari dunia luar…diriku menjadi antisocial kerana ku beranggapan ianye lebih membawa kemudaran dalam pembentukkan dan proses pemantapan iman di dalam diriku..

Tetapi hari ini ku merasakan diriku bergelora, nafsu memberontak tatkala diriku berada didalam bii'ah Jahilliyah, perubahan y berlaku membuatku rase diriku semakin menghampiri kegelapan……realitinya diriku merasakan jiwaku y kosong..iman y semakin hari semakin lemah dek arus dan system jahilliyah terpaksa ku tempuhi…adakah bidangku nie y penyebab ku berfikiran begitu…??

Dan lebih memeranjatkan, sejak ku menyambung pelajaran ke ijazah sarjana muda… kelakuan dan sahsiahku berbeza y amat sgt ketika mana diriku dibangku sekolah….lebih2 lagi ku merelakan sahaja diri terjerat dgn bii'ah y sudah tentunye kearah kegelapan….perubahan y mendadak di dalam sanubariku membuat ku tertanya2…..

Adakah ini y ku mahu kan…?

Adakah ini y ku mahu rasakan….?

Adakah ini suasana y ku inginkan…?

Walaupun realitinya diriku berada dalam bii’ah tersebut tetapi jauh di dalam hati keciku meronta-ronta inginkan kembali biah y selama-lamanya ku impikan dan tidak mahu ku lepaskan…iaitu…suasana y soleh (BII’AH SOLEH)

Jadi kpd 'antapa' semua....kita semua berada dia dlm arus islam y kembali dalam keadaan dagang sebagaimana sabda Rasulullah "Islam bermula dengan dagang dan berakhir (yakni kembali) dgn dagang".....

Jadi kita sebagaimana tuntuan Islam...wajid kita melawan arus tersebut...jgnlah kita juga dalam keadaan dagang sebagaimana sabda Rasullah...

Setiap manusia memang perlukan keseronokan dan kebahagian tetapi perlu ada batas2 y dituntut oleh syara'...kerana setiap perkara @ perbuatan y agama Islam larang tentu ada hikmah yang tersirat...sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana....renung2kanlah..


Solahku......

| | Posted on Saturday, August 01, 2009

0



Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan
tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Cinta yang sebenarnya...."Part 2"

| | Posted on Wednesday, July 29, 2009

0

kali ini ana nk merungkai sedikit tanda2 jatuh cinta menurut perspektif Islam:-

Tanda-Tanda Jatuh Cinta Menurut Perspektif Islam…
1. Menghunjamkan pandangan mata
2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan, dan menyebut namanya.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.
5. Orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Memperhatikan perkataan yang dicintai dan mendengarkannya.
7. Mencintai tempat dan rumah sang kekasih.
8. Segera menghampiri yang dicintai.
9. Mencintai apa pun yang dicintai sang kekasih.
10. Jalang dilalui terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai.
11. Salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai @ sedang dikunjungi yang dicintai.
12. Kaget dan gementar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai @ tatkala mendengar namanya disebut.
13. Cemburu kepada orang yang dicintai.
14. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai.
15. Menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai.
16. Suka menyendiri.
17. Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai.
18. Helaan nafas yang panjang dan lebih kerap.
19. Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.
20. Adanya kecocokan antara yang mencintai dan yang dicintai.
kalau anda tergolong dalam perkara diatas anda .....hehehe

Cinta yang sebenarnya......"Part 1"

| | Posted on Tuesday, July 28, 2009

0

Assalamualaikum....
kali ini buat pertama kalinya ana menulis tajuk cinta ini sebenarnya sesuai dengan fitrah manusia yang suka dicintai dan mencintai...tidak salah kita untuk kita bercinta..tetapi adakah cinta itu berlandaskan syariat Islam??....ramai yang berpendapat bahawa cinta manusia adalah cinta yang sejati...tp adakah ianya cinta yang hakiki dan abadi....atau ianya sebuah ilusi dan fantasi yang bermain di minda kita...ana tersenyum gembira melihat gelagat kawan2 rapat ana sekarang sedang hangat dilamun cinta "hangat ke hangit"...siapa yang tak suka bercinta apatah lagi orang itu sangat mencintai kita...tapi ingatlah...

diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."

antara nikmat2 yang Allah berikan salah satunye ialah nikmat cinta...jadi apakah cinta sebenarnya menurut perspektif Islam???...blog merungkai satu persoalan...

cinta secara terperincinye terbahagi kepada tiga tahap cinta menurut kaca mata Islam :
1.Cinta Agung
-Cinta KEPADA ALLAH, RASUL DAN ISLAM serta berjihad membuktikannya
2.Cinta pertengahan
-Cintakan sesama manusia – ibu bapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai
3.Cinta bawahan
-Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada ALLAH, RASUL DAN ISLAM

1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

2. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya.
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berlandaskan hukum2 syara'...
3. cinta yang melebihi dari cinta Allah dan Rasul..
cinta yang berlebihan terhadap harta atau material seperti kereta, rumah dan wanita...realitinye semuanye bersifat sementara kecuali cinta kepada Allah dan Rasul...
Berpandukan ini, ana kira tiada salahnya bercinta apalagi jika bercinta itu menambah keimanan kita terhadap Allah. Tidak usah lihat negatifnya sahaja sebab setiap sesuatu itu asalnya baik tetapi akan menjadi buruk kalau dilihat dari perspektif yang buruk serta dipraktikkan secara buruk.
realiti anak2 muda ini masa kini tidak menghiraukan soal hukum hakam agama...islam diketepikan...nafsu amarah di ketengahkan..maka terjadilah gejala sosial yang melampau seperti zina, ....tidak langsung menunjukkan identiti seorang mukmin lantaran nafsu syaitan telah meresapi jiwa2 dan hati2 mereka....maka tertawalah iblis dan syaitan laknatullah melihat meraka tenggelam dalam sungai maksiat ...
sebagai seorang mukmin, cinta kepada Allah dan Rasul mestilah melebihi segala-galanya...dan ingatlah cinta yang paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah....jgnlah "syaitan cinta merasuk jiwa"..wslm
post yang akan datang...Tanda2 jatuh cinta menurut perspectif Islam...Part 2

Muqaddimah "Dakwah dulu kini dan selamanye..."

| | Posted on Monday, July 27, 2009

1

ana tergerak hati ketika ini untuk menulis blog ini kerana hati ana yang fana lagi gundah gulana ini memikirkan dakwah yang ana berikan tidak cukup sekadar menghadiri halakah, program @ actvt dakwah....dgn blog ini mgkin sedikit sebanyak dapat menyebarkan dakwah "Isalamiah Kamilah".....

ad istilah yang slalu ana dengar ketika di mat3 dulu "...kalau takutkan risiko jangan bicara tentang dakwah..". Rasullah sendiri menerima tamaran hebat ketika menyampaikan dakwah Islam terutamanye dari bapa saudaranye..

dakwah Islam sebenarnya tiada penghujung...dakwah yang tiada sempadan...dakwah yang tiada tolok bandingan dan wajib kita sebarkan tidak kira apa jenis method sekali pun...salah satu method yang ana ketengahkan ialah dengan menulis blog ini agar pembaca peroleh manfaat dan bahan yang akan ana cuba sampaikan. kerana manusia perlu saling peringat memperingati antara satu sama lain, tegur menegur sesama kita dapat menghindari kita daripada melakukan maksiat dan dosa.

semasa kita leka dengan arus dunia, umat islam khususnye semakin leka dan lalai dengan arus pembangunan dan sistem sekular yang didalangi yahudi dan nasrani..umat islam kini ibarat buih-buih di lautan....ramai yang teramat sgt..tetapi sayangnye Islam pada atas name sahaja..dimana sekarang ini tiada mumaiiz (perbezaan) sahsiah diantara orang kafir dan umat islam...tidak nampak perbezaan akhlak dan sahsiah kita...samada dari segi pertuturan yang ala-ala barat, pakaian yang sememangnya tidak cukup kain...ketat dan sendat sehingga menampakkn bentuk badan, personaliti ala-ala mat saleh celup...warnakn rambut..tatoo kn badan...cukur bulu kening, dan sahsiah yang jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnye...

inilah umat Islam yang sebenarnye pd masa kini...islam digunakan untuk acara-acara tertentu sahaja seperti kawin, harta wasiat, anak dan sbgnye....

ramai syabab dan fatayat sekarang ini tenggelam dengan arus dan sistem jahiliyiah...tatkala org2 yahudi ketawa dek perancangan mereka utk melemahkan semangat jihad dalam diri anak2 muda yang akhirnya berjaya...


jemaah sekalian.
disini ana ingin menjelaskan 10 rancangan yahudi untuk menghapuskan islam yang kesemuanya berjaya...

1. melenyapkan pemerintahan islam (daulah islam)
- rancangan mrk ini berjaya ketika mana pemerintahan islam yang terakhir di Turki (empayar otthmaniah) akhirnya jatuh ke tangan diktator Mustafa Kamal Atarturk.

2.meanghapuskan Al-Quran
-ramai antara kita menganggap bahawa didalam Al-Quran menyebut bahawa Allah akan melindungi kitabNya....tp sebenarnya mereka cuba hapuskan kita dari menghayati dan memahami ayat-ayat Al-Quran tersebut.

3.menghancurkan akhlak muslim (umat Islam)
-terbukti berjaya anak2 muda kini terikut2 dengan budaya barat klu tidak pun terikut dengan personaliti dan cara artist2 berpakaian tidak kira lah dari luar atau dalam malaysia...

4.melenyapkan gerakan islam
kita sedia maklum di mesir bahawa gerakan terbesar disana ialah Ikwanul Muslimin ( الإخوان المسلمون ) yang diasaskan as-syahid Hassan al-Banna dihapuskan oleh kerajaan Arab Saudi...begitu juga sprt Hamas dan lain-lain.

5.meragui umat Islam terhadap kepercayaan agama Islam
-islam bermula dengan dagang dan kembali dagang....maksudnye umat akhir zaman pun masih jahil tentang agama islam, lihat senario sekarang.....

6.melemahkan bangsa Arab
-kalau kita lihat di Arab saudi sudah ada bangunan hotel berbentuk salib.

7. mewujudkan pemimpin diktator
-pemimpin yang zalim dan anti islam sprt Mustafa Kamal Ataturk.

8.memisahkan muslimin/muslimah di bidang ekonomi
-ekonomi malaysia di sapu bersih masyarakat cina.

9. menyingkirkan pemimpin islam dan gerakannyer
-ulama'2 dibunuh....di bahgdad dibawah pemerintahan Sadam Hussein.

10.merosakkan wanita islam dan membebaskan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
-paham2 sendiri la yee.....

Renung2kn lah, bermuhasabah lah wahai pemuda Islam....