Cinta yang sebenarnya...."Part 2"

| | Posted on Wednesday, July 29, 2009

0

kali ini ana nk merungkai sedikit tanda2 jatuh cinta menurut perspektif Islam:-

Tanda-Tanda Jatuh Cinta Menurut Perspektif Islam…
1. Menghunjamkan pandangan mata
2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan, dan menyebut namanya.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.
5. Orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Memperhatikan perkataan yang dicintai dan mendengarkannya.
7. Mencintai tempat dan rumah sang kekasih.
8. Segera menghampiri yang dicintai.
9. Mencintai apa pun yang dicintai sang kekasih.
10. Jalang dilalui terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai.
11. Salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai @ sedang dikunjungi yang dicintai.
12. Kaget dan gementar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai @ tatkala mendengar namanya disebut.
13. Cemburu kepada orang yang dicintai.
14. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai.
15. Menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai.
16. Suka menyendiri.
17. Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai.
18. Helaan nafas yang panjang dan lebih kerap.
19. Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.
20. Adanya kecocokan antara yang mencintai dan yang dicintai.
kalau anda tergolong dalam perkara diatas anda .....hehehe

Cinta yang sebenarnya......"Part 1"

| | Posted on Tuesday, July 28, 2009

0

Assalamualaikum....
kali ini buat pertama kalinya ana menulis tajuk cinta ini sebenarnya sesuai dengan fitrah manusia yang suka dicintai dan mencintai...tidak salah kita untuk kita bercinta..tetapi adakah cinta itu berlandaskan syariat Islam??....ramai yang berpendapat bahawa cinta manusia adalah cinta yang sejati...tp adakah ianya cinta yang hakiki dan abadi....atau ianya sebuah ilusi dan fantasi yang bermain di minda kita...ana tersenyum gembira melihat gelagat kawan2 rapat ana sekarang sedang hangat dilamun cinta "hangat ke hangit"...siapa yang tak suka bercinta apatah lagi orang itu sangat mencintai kita...tapi ingatlah...

diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."

antara nikmat2 yang Allah berikan salah satunye ialah nikmat cinta...jadi apakah cinta sebenarnya menurut perspektif Islam???...blog merungkai satu persoalan...

cinta secara terperincinye terbahagi kepada tiga tahap cinta menurut kaca mata Islam :
1.Cinta Agung
-Cinta KEPADA ALLAH, RASUL DAN ISLAM serta berjihad membuktikannya
2.Cinta pertengahan
-Cintakan sesama manusia – ibu bapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai
3.Cinta bawahan
-Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada ALLAH, RASUL DAN ISLAM

1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

2. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya.
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berlandaskan hukum2 syara'...
3. cinta yang melebihi dari cinta Allah dan Rasul..
cinta yang berlebihan terhadap harta atau material seperti kereta, rumah dan wanita...realitinye semuanye bersifat sementara kecuali cinta kepada Allah dan Rasul...
Berpandukan ini, ana kira tiada salahnya bercinta apalagi jika bercinta itu menambah keimanan kita terhadap Allah. Tidak usah lihat negatifnya sahaja sebab setiap sesuatu itu asalnya baik tetapi akan menjadi buruk kalau dilihat dari perspektif yang buruk serta dipraktikkan secara buruk.
realiti anak2 muda ini masa kini tidak menghiraukan soal hukum hakam agama...islam diketepikan...nafsu amarah di ketengahkan..maka terjadilah gejala sosial yang melampau seperti zina, ....tidak langsung menunjukkan identiti seorang mukmin lantaran nafsu syaitan telah meresapi jiwa2 dan hati2 mereka....maka tertawalah iblis dan syaitan laknatullah melihat meraka tenggelam dalam sungai maksiat ...
sebagai seorang mukmin, cinta kepada Allah dan Rasul mestilah melebihi segala-galanya...dan ingatlah cinta yang paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah....jgnlah "syaitan cinta merasuk jiwa"..wslm
post yang akan datang...Tanda2 jatuh cinta menurut perspectif Islam...Part 2

Muqaddimah "Dakwah dulu kini dan selamanye..."

| | Posted on Monday, July 27, 2009

1

ana tergerak hati ketika ini untuk menulis blog ini kerana hati ana yang fana lagi gundah gulana ini memikirkan dakwah yang ana berikan tidak cukup sekadar menghadiri halakah, program @ actvt dakwah....dgn blog ini mgkin sedikit sebanyak dapat menyebarkan dakwah "Isalamiah Kamilah".....

ad istilah yang slalu ana dengar ketika di mat3 dulu "...kalau takutkan risiko jangan bicara tentang dakwah..". Rasullah sendiri menerima tamaran hebat ketika menyampaikan dakwah Islam terutamanye dari bapa saudaranye..

dakwah Islam sebenarnya tiada penghujung...dakwah yang tiada sempadan...dakwah yang tiada tolok bandingan dan wajib kita sebarkan tidak kira apa jenis method sekali pun...salah satu method yang ana ketengahkan ialah dengan menulis blog ini agar pembaca peroleh manfaat dan bahan yang akan ana cuba sampaikan. kerana manusia perlu saling peringat memperingati antara satu sama lain, tegur menegur sesama kita dapat menghindari kita daripada melakukan maksiat dan dosa.

semasa kita leka dengan arus dunia, umat islam khususnye semakin leka dan lalai dengan arus pembangunan dan sistem sekular yang didalangi yahudi dan nasrani..umat islam kini ibarat buih-buih di lautan....ramai yang teramat sgt..tetapi sayangnye Islam pada atas name sahaja..dimana sekarang ini tiada mumaiiz (perbezaan) sahsiah diantara orang kafir dan umat islam...tidak nampak perbezaan akhlak dan sahsiah kita...samada dari segi pertuturan yang ala-ala barat, pakaian yang sememangnya tidak cukup kain...ketat dan sendat sehingga menampakkn bentuk badan, personaliti ala-ala mat saleh celup...warnakn rambut..tatoo kn badan...cukur bulu kening, dan sahsiah yang jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnye...

inilah umat Islam yang sebenarnye pd masa kini...islam digunakan untuk acara-acara tertentu sahaja seperti kawin, harta wasiat, anak dan sbgnye....

ramai syabab dan fatayat sekarang ini tenggelam dengan arus dan sistem jahiliyiah...tatkala org2 yahudi ketawa dek perancangan mereka utk melemahkan semangat jihad dalam diri anak2 muda yang akhirnya berjaya...


jemaah sekalian.
disini ana ingin menjelaskan 10 rancangan yahudi untuk menghapuskan islam yang kesemuanya berjaya...

1. melenyapkan pemerintahan islam (daulah islam)
- rancangan mrk ini berjaya ketika mana pemerintahan islam yang terakhir di Turki (empayar otthmaniah) akhirnya jatuh ke tangan diktator Mustafa Kamal Atarturk.

2.meanghapuskan Al-Quran
-ramai antara kita menganggap bahawa didalam Al-Quran menyebut bahawa Allah akan melindungi kitabNya....tp sebenarnya mereka cuba hapuskan kita dari menghayati dan memahami ayat-ayat Al-Quran tersebut.

3.menghancurkan akhlak muslim (umat Islam)
-terbukti berjaya anak2 muda kini terikut2 dengan budaya barat klu tidak pun terikut dengan personaliti dan cara artist2 berpakaian tidak kira lah dari luar atau dalam malaysia...

4.melenyapkan gerakan islam
kita sedia maklum di mesir bahawa gerakan terbesar disana ialah Ikwanul Muslimin ( الإخوان المسلمون ) yang diasaskan as-syahid Hassan al-Banna dihapuskan oleh kerajaan Arab Saudi...begitu juga sprt Hamas dan lain-lain.

5.meragui umat Islam terhadap kepercayaan agama Islam
-islam bermula dengan dagang dan kembali dagang....maksudnye umat akhir zaman pun masih jahil tentang agama islam, lihat senario sekarang.....

6.melemahkan bangsa Arab
-kalau kita lihat di Arab saudi sudah ada bangunan hotel berbentuk salib.

7. mewujudkan pemimpin diktator
-pemimpin yang zalim dan anti islam sprt Mustafa Kamal Ataturk.

8.memisahkan muslimin/muslimah di bidang ekonomi
-ekonomi malaysia di sapu bersih masyarakat cina.

9. menyingkirkan pemimpin islam dan gerakannyer
-ulama'2 dibunuh....di bahgdad dibawah pemerintahan Sadam Hussein.

10.merosakkan wanita islam dan membebaskan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
-paham2 sendiri la yee.....

Renung2kn lah, bermuhasabah lah wahai pemuda Islam....